Friday, October 31, 2008

GEWANG 2


GEWANG 1


Pancing di Tasik Pergau


Tasik Pergau yang letaknya di daerah Jeli juga merupakan destinasi pancing yang boleh anda kunjungi. Geng pancing Sekolah Kebangsaan Kalai kerap juga ke sana. Antara spesies yang sering dinaikkan seperti toman dan baung. Dahulunya di Tasik Pergau terkenal dengan pelbagai spesies ikan yang tidak kurang menariknya.
Tapi sejak akhir-akhir ini.............ke mana hilangnya spesies tersebut seperti kelah dan tengas. Mungkin tiada penjagaan dan kawalan dari pihak tertentu..........menyebabkan pusaka alam ini disabotaj dengan sewenang-wenangnya.
Tapi saya selalu jugak ke sana bersama cikgu zali ngan abe hapiz. Kami hanya dok kat jeti je. Kalu nak cabaran............anda bolehlah sewa bot untuk menuju ke anak sungai. Ataupun bermalam saja di chalet yang terdapat di situ. Mungkin anda boleh menduga Tasik Pergau. Selamat memancing......................

Thursday, October 30, 2008

pancing gelama


Pancing Gelama................................
Kalau teringin nak pancing gelama, jom pakat serbu PCB (Pantai Cahaya Bulan). Dekat je.......dari Kota Bharu lebih kurang 15 minit je. Tapi sekarang bulan Oktober..........bukan musimnya. Tapi Kalu ade rezki......gelama muncul gak sekali-sekala. Tapi yang paling syok, bila tiba musim gelama. Setahu saya antara bulan April hingga Jun. Ini bermakna kena tunggu tahun depan la. Sebut je mancing.............best gila. Tak cukup tangan. Nak duduk pun tak sempat. Baling umpan je........terus diregut umpan. Tapi ...........kena pandai. Nanti gelama terlepas.

Umpan.......senang je. Biasanya orang guna udang. Udang segar lagi baik. Ok selamat memancing! Salam untuk semua kaki pancing. Kepada yang ada pengalaman mancing.........jom kita kongsi..............