Wednesday, December 31, 2008

Punca Mata Kail Terlucut

Melakukan sentapan balas selepas ikan membuat larian adalah praktikal. Kebiasaannya pemancing akan membenarkan umpan digomol ikan seketika, kemudian apabila tangsi menegang menandakan umpan mungkin mula ditelan ikan. Mata kail terlucut kebiasaannya berpunca daripada:


a) Saiz yang kurang sesuai. Kes di sini mata kail adalah kecil berbanding mulut siakap. Saiz di cadangkan adalah 3/0 atau 4/0.

b) Mata kail terlalu besar untuk mulut ikan. Kemungkinan kes ini adalah mustahil kerana saiz 2/0 memang muat untuk siakap sekecil 500 gram.

c) Mata kail kurang tajam. Mata kail tidak akan kekal tajam buat selama-lamanya. Kesan cucukan kepada umpan dan sebagainya boleh menyebabkan mata kail tumpul. Pastikan mata kail tajam setiap kali memancing.


d) Terlalu cepat merembat umpan kerana ikan mungkin hanya menggonggong ketika melarikan umpan. Bagi masa lama sedikit supaya umpan betul-betul berada sepenuhnya dalam mulut ikan.

e) Teknik pasang umpan. Jika cangkuk di bahagian ekor kurang menjadi cuba pasang mata dekat bahagian kepala udang.

.

Persediaan Pancing Laut Dalam

Umpan -
Jenis terbaik ialah bekalan ikan segar atau hidup yang diperoleh atau dipancing ketika perjalanan ke destinasi, membelinya di pasar atau di jeti. Umpan jenis ini adalah prasyarat utama kejayaan misi memancing kerana kesegaran dan keberkesanannya. Jenis umpan seperti ikan pelaling (murah), ikan tongkol dan sotong pasar mencukupi untuk setiap trip.


Kekili -

Lumrah kalau memancing laut dalam bukan saja pancing dasar menjadi tapi teknik hanyut, jigging, popping dan tundaan. Jadi, tiga set kekili adalah minimum dan kalau mampu bawa peralatan gantian untuk menghadapi sebarang kerosakan atau kehilangan (jatuh dalam laut).


.
Joran -

Untuk pancing dasar dan pancing tundaan sesuai kalau kita membawa panjang 2 meter (5.5 kaki) hingga 2.5 meter (6.5 kaki) dengan aksi berat 30/80 paun, 50/80 paun atau PE4-PE8. Jika meminati jigging, guna joran kekuatan PE3-PE5 panjang 2 meter sangat sesuai untuk ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh bawah 15kg. Kalau GT bersaiz XXXL elok gunakan joran berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang yang sama atau 2 meter. Bagi popping, oran 2.5 meter sangat efektif untuk lontaran jauh. Sedia satu joran selingan berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing apollo, anak ikan atau untuk digunakan sebagai pancing candat (bagi mendapatkan umpan sotong hidup).
.


Saiz tali -

Ini ada hubungan dengan kapasiti atau had muatan kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya. Lumrahnya tali utama untuk pancing dasar dan menunda ialah 80 paun hingga 100 paun untuk tali utama kalau menggunakan tali sulam atau 50 paun hingga 80 paun jika menggunakan tali tangsi. Bagi kekili yang digunakan aktiviti jigging dan popping pula perlu dipadankan dengan tali sulam (braided) 60 paun hingga 80 paun dan disambung dengan tangsi kekuatan 80 paun hingga 100 paun sepanjang tiga meter sebagai perambut serap kejutan (shock leader).
.

Batu ladung -

Penggunaan batu ladung kalau dibandingkan antara Pantai Barat dan Pantai Timur sedikit berbeza. Kalau di Pantai Barat had maksimum saiz 32 (1.5kg) di Pantai Timur pula had maksimum saiz 24 (1kg). Ini berdasarkan arus di pantai barat lebih deras berbanding pantai timur kerana laluan yang sempit. Di Sabah dan Sarawak, arus laut lebih kurang seperti Pantai Timur Semenanjung kerana berada di kawasan yang sama – Laut China Selatan. Biasanya memancing di laut hanya perlu membawa ladung mati bersaiz dari saiz 8 hingga 24 atau 32 jika di Pantai Barat. Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada masa memancing dan yang penting ialah sentiasa ada ladung tambahan jika berlaku tali pancing sangkut atau putus.
.


Perambut -

Pastikan setiap trip laut dalam set perambut perlu dibawa berkekuatan minimum 30 paun hingga 100 paun tidak kira apa jenama atau harga. Gunakan perambut cerah atau sedikit kebiruan serta kehijauan dan seakan-akan warna air. Ada pemancing gemar menggunakan perambut keras dan sebaliknya. Kedua-duanya boleh digunakan asalkan perambut yang tahan kejutan (shock leader), tahan calar, tidak mudah kerinting atau bersimpul. Ada juga perambut di katakan memiliki tahap penglihatan amat rendah atau tiada langsung dalam air. Perambut ini juga dikenali sebagai perambut hantu (zero visibility).


Teknik -

Jigging dan popping boleh gunakan perambut kasar sama ada siang dan malam tanpa masalah. Teknik memancing sudah nyatakan dan setiap jawapan bermula daripada pancing dasar (bottom) tundaan (trolling), hanyut (drifting), pertengahan air (mid), jigging, popping dan candat sekiranya perlu mendapatkan umpan sotong. Satu lagi perkara yang merujuk tentang teknik memancing ialah jarak perambut untuk pancing dasar ialah 2 hingga 3 depa diikat pada 2 mata kail 1/0 di depan dan 3/0 @ 4/0 di hujungnya. Atau mengunakan teknik apollo 2 mata jika kawasan berlabuh adalah karang tinggi.


Waktu -

Saya tidak dapat nyatakan dengan tepat kerana ia perlu dirujuk lokasi yang bakal dikunjungi. Lebih afdal kalau kita minta khidmat nasihat dan pandangan kaki pancing yang pernah berkunjung di kawasan tertentu atau tepat minta pandangan tekong yang bakal kita tempah. Untuk masa pula, ikan lebih aktif dan galak waktu malam hari dan setiap kali berlaku perubahan arus. Ketika tiada arus ikan biasanya pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah. Jadi pedoman sampingan ialah rujuk jadual pasang surut (masa) untuk satu-satu lokasi yang bakal kita kunjungi. Set penggera pada telefon bimbit untuk setiap kali akan berlaku perubahan pasang surut air kerana waktu inilah kita perlu berjaga-jaga dengan lenturan yang bakal dikecapi di hujung joran.

.

Monday, December 29, 2008

Ikan Layaran Kena Pukat

.

Layar 60kg masuk pukat di Selat Melaka: Daud Fuad (dua dari kiri) bersama rakannya menunjukkan ikan layar 60 kilogram yang ditangkap menggunakan pukat
.

Saturday, December 27, 2008

Perihal Ikan Sembilang

.


Terdapat 3 jenis sembilang yang biasa ditemui di negara kita iaitu sembilang sungai, sembilang karang dan gemang. Gemang adalah spesies berkepala lebih besar dari sembilang biasa dan berkulit cerah sedikit. la merupakan spesies yang lebih besar dari sembilang biasa. Barisan giginya lebih kasar. Ramai berpendapat sembilang apabila besar dipanggil gemang. Sebenamya gemang cuma tergolong dalam keluarga sembilang. Bagi saya, anda boleh membuat perbandingan di antara sembilang dan gemang dari segi ciri-ciri yang saya sebutkan tadi untuk mendapatkan kepastian yang lebih. Dari kecil, kedua-dua spesies ini sudah mempunyai perbezaan 'rupa' tetapi mempunyai sifat yang lebih kurang sama.

Sembilang karang (Plotosus lineatus) lebih kecil dari sembilang biasa dan gemang. la berkulit gelap, mempunyai jalur cerah di badan dan kulitnya lebih cantik dan menarik dari abang-abangnya. Namun begitu anda jangan terpedaya kerana ia mempunyai sengat yang lebih 'power' dari abangnya walaupun berbadan kecil.

Keluarga sembilang mempunyai 3 duri, satu di sirip atas dan sepasang di kiri dan kanan yang tajam atau lebih dikenali sebagai sengat berbisa yang cukup membuatkan mangsa berperang dengan kesakitan lebih kurang 3 hari. Saya sendiri pernah dua kali merasai denyutan bisanya yang membuatkan kawasan sengatan bengkak selama 4 hari. Sakit... malas nak cerita panjang dan anda jangan mencubanya, kes 'naya' adanya. Lebih-lebih lagi sengatnya tersembunyi di sebalik deretan sirip yang lembut seolah-olah ia tidak mempunyai duri yang keras lagi tajam.



la mempunyai 4 misai di bahagian atas bibir mulutnya yang keras manakala 4 lagi di bawah bibir mulut yang bergigi halus tapi tajam. Misai atau sesungutnya (maxillary barbel) di bahagian paling tepi harnpir mengenai sirip dan sengat di kiri dan kanannya yang kesemuanya 4 pasang. Sesungut digunakan sebagai alat pengesan (deria bau) untuk mengesan kehadiran mangsa dan makanan terutama pada waktu malam dan di air yang keruh.


Habitat Dan Sifat

Bagaimanapun ketika air surut, spesies ini gemar kepada kawasan bertunggul kayu atau yang mempunyai reba di dasar muara sungai, di kawasan jeti pemunggahan ikan dan dermaga asalkan mempunyai struktur pelindung. Masa ini, ia dikatakan kurang aktif (makan) atau lebih kepada berehat sementara menanti pergerakan air pasang. Bagi mereka yang biasa menyelam di persisiran pantai, kadang-kala anda boleh jumpa sederet ikan sembilang yang jumlahnya melebihi 30 ekor berselindung di belakang kayu.




Ikan sembilang bergerak secara berkumpulan yang besar dan sesetengahnya dilaporkan sehingga beratus ekor. la juga gemar mendiamkan diri pada air yang agak dalam walaupun sifatnya gemar mencari makanan di air cetek. Sembilang karang pula mudah diperolehi di kawasan batu karang atau kawasan pantai Semenanjung.

Umpan

Ikan ini kurang memilih umpan namun seperti spesies lain, ada di antara umpan yang meniadi kegemaran atau diet utamanya. Perumpun adalah yang terbaik selain udang, sotong, siput, anak ketam, kupang (siput sudu) serta anak ikan. Begitu juga penggunaan telur belangkas yang dikatakan paling mujarab untuk mengurnpan sembilang. Kebanyakan pemancing lama menggunakan telur belangkas yang dibakar dan ditaburkan di kawasan pilihan seperti gigi air atau anak muara sungai bagi mengundang sembilang datang sebelum mata pancing dilontarkan dengan umpan perumpun atau isi siput.

Telur belangkas menjadi wangi selepas dibakar dan sembilang dikatakan mampu menghidu kehadiran telur belangkas yang mempunyai protien serta khasiat yang diperlukan. Bukan saja sembilang malah ikan lain juga gemar kepada telur belangkas yang biasa bertelur di gigi air dan kawasan berpasir. Sembilang juga menyarnbar umpan hidup seperti anak belanak, selangat dan bebolos jika ia terjumpa.

Teknik

Cara terbaik memburu sembilang ialah di sekitar kawasan yang menjadi kegemaran spesies bermisai lapan ini seperti yang ditulis di atas. Jika memancing dari pantai, anda perlu mencari kawasan berkuala sedikit atau pantai yang mempunyai anak sungai atau alur air. Labuhkan umpan pilihan terutama perumpun atau isi siput sungai di kawasan sekitar di 'pintu masuk' kuala terutama masa pertukaran arus terjadi sama ada bergerak surut atau mengolak pasang. Sembilang yang lapar akan meninjau kawasan terbabit untuk memburu mangsa sarna ada ketika ia masuk ke dalam atau keluar dari anak sungai tersebut.

.

Produk Pancing


1- Banax Reel -

SXCSISTEM gear panduan terkini dan penggunaan pinion tembaga antara ciri terbaru yang dilengkapi pada kekili Banax Reel - SXC terbaru ini untuk mengemaskan lagi pergerakan gelendung apabila karauan dilakukan.Penggunaan 3 bebola keluli juga mampu meningkatkan kelancaran karauan terutama ketika bertarung. Produk ini turut dilengkapi sistem penggera dwi bunyi. Ia juga dilengkapi pengayuh yang boleh dilipat dengan satu sentuhan.


2-Strike Pro Lure -

CD (Titan) STRIKE Pro menampilkan satu lagi gewang serba guna bagi kegunaan memancing di laut bagi memudahkan lagi kerja memburu kerapu, aruan tasik dan tuna. Ia boleh didapati dalam siri seperti berikut untuk teknik tenggelam iaitu CD-018 sepanjang 18 sentimeter (sm) dan seberat 58 gram (gm). Model CD-014, 14 sm dan 35 gm. Model CD-011, 11 sm dan 21 gm. Model CD-009, 9 sm, 17 gm dan model CD-007, 7 sm dengan berat 9 gm.


3- Bekas Air Sejuk Bakau
.
PRODUK terbaru jenama Bakau ini merangkumi tiga saiz iaitu 7.6 liter, 2 liter, 1 liter dan 1.35 liter yang diperbuat daripada polyethylene di bahagian luar untuk memastikan ia tahan lasak serta ringan.Bahagian penutup yang luas memudahkan ia dibersihkan manakala bahagian penutup menggunakan sistem mudah putar supaya ia mudah ditutup mahupun dibuka.
.

Tuesday, December 23, 2008

Nautica, Viva Untuk GP 2009




KUALA LUMPUR: Sebuah Perodua Nautica dan satu lagi Perodua Viva, itulah yang bakal dipandu pulang masing-masing juara Kategori Laut serta Kategori Pantai bagi siri GP Joran 2009.Nilai seunit Nautica di atas jalan ialah RM89,900 manakala RM40,200.

Habuan ini pasti berbaloi untuk peminat setia dan peserta baru GP Joran 2009 yang juga bakal dianjurkan dengan skala kemeriahan berbeza - lebih besar, lebih banyak penaja serta lebih menghiburkan.

Pembabitan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) selaku penaja utama untuk tahun kelima berturut-turut itu diumumkan oleh Pengarah Urusannya, Datuk Syed Hafiz Abu Bakar, selepas menyerahkan dua unit Perodua Viva kepada juara GP Joran 2008 masing-masing Husin Awang (Kategori Laut) dan Zuraidi Mohamad (Kategori Pantai) di Balai Berita di sini, Selasa lalu.
.

Persediaan Memancing

RATA-RATA kaki pancing mengakui bahawa keputusan untuk turun memancing pada saat-saat akhir mempunyai pelbagai masalah terutama akan ada barang penting yang tertinggal sama ada di rumah atau di jeti.


Langkah paling baik lagi berkesan mengikut pengalaman Pak Nuri ialah bersedia lebih awal. Ini termasuk menyediakan peralatan pancing yang perlu dibawa disimpan dalam kotak khas walaupun tarikh untuk turun memancing masih belum tiba.Kita mahu berkongsi pengalaman yang berlaku kepada ramai kaki pancing sering tertinggal barang keperluan memancing. Ini disebabkan kecuaian sendiri dan tergesa-gesa atau menempatkan barang pancing tidak pada satu tempat yang mudah dilihat.


Malah ada yang tertinggal di tempat letak kereta atau jeti ketika mereka memunggah barang pada waktu malam atau tergesa-gesa kerana hujan. Ada rakan dari Kuantan baru-baru ini, kehilangan peralatan memancing bernilai ribuan RM. Ini gara-gara mereka tergesa-gesa lari ke hotel dan bertawakal dengan meninggalkan perkakasan itu di kenderaan. Esoknya, semua perkakasan lesap. Hendak memancing pun tidak ada lagi semangat.
.

Justeru, kerana sikap tergesa-gesa inilah maka sering berlaku peralatan pancing tertinggal atau lesap.Pengalaman beberapa orang rakan pancing membuatkan Pak Nuri ingin berkongsi untuk mengingatkan kepada semua kaki pancing supaya membuat persediaan lebih awal lalu menyimpan barang keperluan yang diperlukan dalam satu tempat dan batang joran juga tidak terkecuali.

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat mengelak daripada masalah lupa atas sebab-sebab tertentu atau terlalu banyak berfikir. jadi, apabila teringat saja barang yang perlu dibawa, kita perlu segera mencarinya atau membuat persediaan. Tempat paling baik untuk disimpan ialah dalam kotak khas yang akan dibawa memancing. Kotak itu elok dimasukkan terus ke dalam bonet kereta.


Seperkara lagi kita (pemancing) sering mengabaikan ketika memunggah barang adalah lebih baik barang berkenaan dihimpun dalam satu tempat yang besar daripada mengasingkannya dalam kumpulan kecil yang banyak.Pengalaman yang dirasakan oleh sebilangan ramai kaki pancing Pak Nuri sarankan bahawa cara menyimpan barang keperluan memancing pada satu tempat dijadikan petua yang mesti diamalkan kerana beringat-ingat dulu itu satu kebaikan daripada tertinggal yang akhirnya misi atau trip dilakukan dengan penuh kekurangan peralatan atau kita terpaksa berputih mata.
.
sumber drp Joran, Berita Harian
.

Friday, December 12, 2008

AROWANA - Keluar Toksid Tinggi


PEMELIHARAAN spesies arowana sering mendapat perhatian ramai yang menyifatkan spesies ini memiliki keunikan tersendiri serta warnanya yang terang mampu menarik perhatian penggemarnya.Namun begitu, perlu diingatkan beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk menyediakan tempat yang selesa bagai pemeliharaan spesies ini selain saiz akuarium yang sesuai, sekurang-kurang tiga kali saiz ikan itu, tumbuhan yang diletakkan, kebersihan serta peralatan penapisan sesuai.Faktor penting ialah tahap pH air pada bacaan 6.0 - 7.0 untuk memastikan ia berada dalam keadaan masam sesuai dengan habitat ikan pada keadaan asalnya di kawasan air tawar.



Selain itu, suhu air juga perlu dikekalkan pada tahap 26 - 30 darjah selcius dan perlu dielakkan daripada perubahan suhu mendadak kerana ia boleh menjadi kejutan pada ikan yang boleh mengakibatkan kematian.Suhu tinggi boleh menyebabkan bahagian penutup insan bergulung atau terangkat ke atas dan ini pasti mengganggu keselesaan ikan dan sekali gus mampu menjejaskan tahap kesihatannya.

Arowana antara spesies yang mengeluarkan kotoran mampu mencemar air kerana toksid yang dikeluarkan mengandungi nitrogen tinggi menyebabkan kandungan amonia dan nitrat turut meningkat.Oleh itu, sistem penapisan yang baik diperlukan untuk menjamin tahap kebersihan dan pencemaran air dapat dikekalkan, manakala air perlu diganti setiap minggu pada kadar 25 hingga 30 peratus bagi setiap kali penukaran air.



Anda juga boleh mengganti air dua kali seminggu pada tahap 20 peratus bagi setiap gantian dan pastikan tahap pH serta air turut dikekalkan dalam proses penukaran itu untuk memastikan tidak berlaku kejutan terhadap ikan.Kegagalan untuk mengekalkan tahap suhu air dan pH ketika proses menukarkan air sering menjadi punca berlaku keadaan tidak selesa akhirnya menyebabkan ikan mudah mati.
.

Thursday, December 11, 2008

Udang Guna Sesungut Kesan Umpan

.


Kita boleh memancing udang galah walaupun ketika air keruh kerana spesies itu memiliki keupayaan mengesan sumber makanan melalui deria bau. Sesungut atau janggutnya adalah alat pengesan makanan terbaik ketika air keruh dan waktu malam.

Tetapi jika air terlalu pekat atau keladak tinggi serta terlalu sejuk, kemungkinan udang dan ikan akan menjadi pasif dan tidak berminat dengan umpan. Jika air keruh sederhana, anda disyor menggunakan umpan jenis berbau seperti perumpun, isi ikan dan isi remis atau kerang. Kepada mereka yang tahan bau boleh gunakan umpan tapa.

.

Tuesday, December 9, 2008

Hikmah Daging Korban


Dengan Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Pada Hari Raya Korban yang kedua, saya sekeluarga telah bertandang ke rumah kakak di Kg. Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu, Kelantan. Saya telah ditunjukkan oleh abang ipar saya tentang beberapa hirisan daging yang tertera kalimah Allah. Beberapa orang tetamu dan ahli keluarga yang lain juga teruja. Hinggakan ada di antara mereka yang mengambil hirisan daging tersebut untuk dibawa pulang.




Urat daging yang membentuk seakan-akan kalimah Allah ini mungkin ada hikmahnya.

Abang ipar saya, En. Ariffin




Demikian antara beberapa hirisan daging yang masih tinggal. Tujuan saya paparkan di sini bukan untuk mencari publisiti tetapi untuk renungan kita bersama.



Monday, December 8, 2008

Hukum Caj Pancing

.

Hukum Caj Untuk Pancing Ikan

.
Soalan .
Salam, apa pendapat Ustaz tentang kaedah operasi kolam pancing yang mengenakan caj berdasarkan masa? Adakah pemancing dikira berjudi? Terima kasih.

.
Dari kefahaman saya, tindakan pemilik kolam dan pemancing tadi adalah halal menurut Islam. Tiada unsur judi terlibat dalam hal ini.
Jumlah caj berdasarkan masa adalah ia adalah sah di sisi Islam, oleh yang demikian, ia dikira telah menggunakan aqad " al-Ijarah" atau sewaan berdasarkan masa. Sebagai contoh, penggunaan bagi satu jam untuk memancing, cajnya adalah sebanyak RM 10. Jumlah caj ini juga tidak berkaitan dengan kemungkinan si pemancing mendapat ikan atau tidak. Justeru, ia adalah halal kerana bukanlah bertujuan bertaruh untuk mendapat ikan sebanyak mungkin.

. Sekian

. Zaharuddin Abd Rahman

. http://www.zaharuddin.net/

.

Perihal Umpan


A. Umpan Laut Dalam

Kebanyakan umpan yang digunakan disini lebih kepada penggunaan Umpan segar dan hidup. Kebiasaan sebelum melakukan aktiviti memancing , usaha mencari umpan hidup akan dilakukan dengan kebanyakannya menggunakan Apollo.
1. Ikan Segar spt. Ikan Kembung, Selar, Tamban, Tongkol dll.
2. Gewang (Rapala)
3. Sotong Hidup
( Ikan Utama: Tenggeri, Jemuduk, Pari, Alu-Alu, Merah, Yu dll )



B. Umpan Air Masin (terutama bahagian Muara Laut)

1. Udang Hidup
2. Perumpun
3. Tamban
4. Wat Wat Bakau
5. Hirisan Ikan
6. Gewang
(Ikan Utama: Siakap,Jenahak, Kaci, Tebal Pipi, Sembilang, Tetanda dll )




C. Umpan Ikan Air Tawar (Hulu-Hulu Sungai spt. Tmn. Negara)
Umpan dikawasan ini lebih kepada pembacaan tentang ikan-ikan yang menjadi penghuni sesatu-satu tempat.

1. Kelapa Sawit
2. Buah Neram
3. Ulat Sagu
4. Cengkerik
5. Ubi Kayu
6. Cacing Tanah
7. Perut Ayam
8. Gewang (mengilat)
( Ikan Utama: Kelah, Sebarau, Tengas, Kejor, Baung, Kalui, Kelisa dll )




D. Umpan Sungai (Lombong,Anak Sungai & Tali Air)

1. Katak
2. Cacing
3. Anak Udang
4. Pisang
5. Tepung & Dedak (Hong)
6. Roti
7. Anak Ikan
8. Hati Ayam
9. Telur Kerengga
(Ikan Utama: Haruan, Patin, Talapia, Rohu, Lampam, Toman, Bujuk dll)


E. Umpan Udang Galah, telah menjadi kebiasaan umum Umpan utama ialah Cacing Tanah.

1. Cacing Tanah
2. Wat-Wat
3. Anak Ikan Gapi
4. Hirisan Sotong (dipotong halus)
5. Anak Udang
(Tangkapan Utama: Udang Galah,tapi adakalanya mengena ikan seperti Baung, Belida,

Duri dan Anak-anak Ikan Sungai)



.

Sentapan Pancing


Melakukan sentapan balas selepas ikan membuat larian adalah praktikal. Kebiasaannya pemancing akan membenarkan umpan digomol ikan seketika, kemudian apabila tangsi menegang menandakan umpan mungkin mula ditelan ikan. Mata kail terlucut kebiasaannya berpunca daripada:

a) Saiz yang kurang sesuai. Kes di sini mata kail adalah kecil berbanding mulut siakap. Saiz di cadangkan adalah 3/0 atau 4/0.

b) Mata kail terlalu besar untuk mulut ikan. Kemungkinan kes ini adalah mustahil kerana saiz 2/0 memang muat untuk siakap sekecil 500 gram.

c) Mata kail kurang tajam. Mata kail tidak akan kekal tajam buat selama-lamanya. Kesan cucukan kepada umpan dan sebagainya boleh menyebabkan mata kail tumpul. Pastikan mata kail tajam setiap kali memancing.
.
d) Terlalu cepat merembat umpan kerana ikan mungkin hanya menggonggong ketika melarikan umpan. Bagi masa lama sedikit supaya umpan betul-betul berada sepenuhnya dalam mulut ikan.



e) Teknik pasang umpan. Jika cangkuk di bahagian ekor kurang menjadi cuba pasang mata dekat bahagian kepala udang.
.

Sunday, December 7, 2008

Kelah Tasik Kenyir


Menteri Besar sokong konsep tangkap dan lepas

HULU TERENGGANU: Dua santuari kelah di Sungai Cacing dan Sungai Petang menjadi produk baru eko-pelancongan yang akan menjadi satu lagi daya penarik pengunjung ke Tasik Kenyir.Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata santuari kelah di Sungai Petang terletak kira-kira 21 kilometer dari Pangkalan Gawi - pintu masuk utama ke Tasik Kenyir. Ia dimajukan pada 2006 dan kini dihuni ribuan spesies kelah purata mencecah satu hingga kilogram seekor.

Bagaimanapun ratusan induk kelah tidak menghampiri pengunjung tetapi sekadar berenang di dasar.Beliau berkata, kedua-dua santuari itu masih belum dibuka kepada umum kecuali rombongan rasmi jabatan atau agensi kerajaan. Ikan diberi makanan dedak setiap jam 11 pagi atau 12 tengah hari. Namun pengunjung juga dibenarkan memberi makan kepada ikan di situ.



Lazimnya, ikan kelah bersaiz besar akan berenang keluar dari zon santuari ke sungai lebih besar tetapi kembali ke situ untuk membiak. Benih atau anaknya akan menghuni kawasan santuari dan keluar ke sungai besar apabila mencapai umur dewasa kemudian balik ke kawasan santuari untuk membiak. Proses itu akan terus berulang.Katanya, Tasik Kenyir adalah syurga kaki pancing tetapi sumbernya perlu diurus dengan baik.

Setakat ini, lubuk kelah terkenal adalah di Sungai terenggan, Sungai Cicir/Perpek dan Sungai Petang. Ikan baung boleh dipancing di Sungai Petuang, Sungai Mandok, Sungai Tembat dan Lata Terap.“Langkah memajukan semula sektor pelancongan di Tasik Kenyir melalui Program Kenyir Island Hopping membabitkan kos RM50 juta dilakukan bagi menarik semula pelancong ke situ selepas ‘terabai’ untuk tempoh agak lama. “Tasik Kenyir memiliki ikan seperti kelah, baung dan toman yang menjadi idaman kaki pancing.



Langkah memajukan santuari kelah di Sungai Cacing dan Sungai Petang juga mampu menjadi satu lagi daya penarik pengunjung ke Tasik Kenyir. “Malah Tasik Kenyir juga bakal menjadi pengeluar ikan patin buah yang utama apabila jumlah sangkar ternakannya ditambah. Harga sekilogram patin buah antara RM30 hingga RM35 berbanding tilapia tidak lebih RM5 sekilogram,” katanya kepada JORAN.

Selain santuari kelah, turut dibangunkan adalah pulau masing-masing untuk dijadikan Taman Orkid, Taman Burung, Taman Rama-Rama dan Taman Tema. Ahmad berkata, Santuari Gajah dimajukan dengan membabitkan kawasan 15,000 hektar dan dijangka menampung kehidupan antara 90 hingga 100 ekor gajah. Ia akan dibahagi kepada tiga blok yang setiap satu seluas 5,000 hektar dan gajah akan dipindahkan ke blok dengan keluasan sama setiap empat bulan.



Pada masa sama, beliau turut menasihatkan pengunjung dan kaki pancing supaya sama-sama memulihara khazanah di Tasik Kenyir dengan tidak memusnahkan pokok atau mengambil ikan bersaiz kecil.“Saya menyokong konsep tangkap dan lepas sebaliknya lebih mengutamakan memancing sebagai sukan. Dengan konsep ini, sumber perikanan mampu bertahan lebih lama, ada peluang membesar serta membiak,” katanya.Katanya, operasi Kenyir Ranger akan dipertingkatkan dengan kerjasama agensi penguatkuasa lain termasuk Perhilitan bagi menangani kegiatan yang mengancam sumber flora, fauna mahupun perikanan.




FAKTA NOMBOR: Tasik Kenyir


10 - Pulau dimajukan
260,000 - Hektar luas
RM160 juta - Diperuntukkan untuk infrastruktur dan kemudahan.


.dipetik drp Joran, Berita Harian


Ikatan Bentuk T

.

Langkah 1 - Putarkan tangsi supaya ia terbentuk seperti dalam gambar 1. Ketika proses membentuk, pastikan hala pusingan tangsi berlawanan antara satu sama lain semasa menemukan tangsi ini – lihat anak panah.

Langkah 2 - Apabila membentuk 5 hingga 6 putaran, tegangkan kembali tangsi (seperti gambar 2) dan ketemukan semula lilitan tangsi yang dibuat ketika langkah 1. Proses ini bertujuan supaya lilitan menjadi lebih kemas dan rapat.

Langkah 3 - Ulangi langkah 1 dan 2 berulang kali sehingga lilitan yang dikehendaki cukup panjang. Biasanya panjang antara 15 hingga 25 sentimeter atau ukuran sejengkal jari dewasa.

Langkah 4 - Berikutnya untuk mematikan simpulan dengan menyilang kedua-dua lingkar (loop) tali sambil jari telunjuk dan jari hantu digunakan sebagai index. Loop yang terbina perlu besar supaya memudahkan kita membuat langkah berikutnya.Langkah 5 - Gunakan kedua-dua jari telunjuk untuk memutarkan loop yang terbina sebanyak 5 hingga 7 pusingan seperti gambar.

Langkah 6 - Apabila mencukupi 7 pusingan, masukkan hujung pintal ke dalam loop melalui tengah-tengah loop.

Langkah 7 - Tegangkan tali seperti gambar 7. Sebelum memulakan regangan pastikan hujung pintal perlu ditegangkan sepenuhnya. Lakukan regangan dengan perlahan-lahan supaya ia membentuk sapu simpulan yang sekata. Gunakan pelincir seperti air liur (terbaik) semasa proses regangan ini supaya kita tidak mencalarkan tangsi semasa regangan dibuat.

Langkah 8 - Pasang mata kali pada hujung pintal seperti gambar. Contoh mata kail adalah jenis ‘Gamakatsu Octopus Circle Hook’.

Langkah 9 - Selesaikan pemasangan mata kail dengan memasukkan hujung mata pada hujung tali yang dipintal seperti gambar.

Langkah 10 - Contoh ikatan T yang siap. Mata kail berada kira-kira 15 sentimeter dari perambut utama dan regangan T dibuat supaya kedudukan mata jauh dari perambut utama.

Langkah 11 - Hujung tangsi digantung pemberat (ladung) dan hujung satu lagi disambungkan pada tali utama.

.
sumber drp Joran, Berita Harian

.

Masa tepat pemancing Malaysia jadi pro

.

STATUS sukan memancing di negara ini perlu dipertingkatkan. Justeru, fokus Unit Joran kali ini ialah bagaimana mewujudkan acara dan sukan memancing semi-pro di Malaysia. Revolusi sukan memancing berlaku dengan pesat apabila Berita Harian mula memperkenalkan siri GP Joran pada 1996. Tahun demi tahun, perubahan positif berlaku dengan ketara. Peralatan dan aksesori, kekerapan aktiviti dan populariti memancing semakin meningkat.

Kini memancing diterima sebagai sukan rakyat. Tetapi bagi memenuhi satu lagi keperluan, perlu ada peningkatan status bagi penggiat dan sukan memancing daripada amatur kepada semi-pro sebelum menuju matlamat tertinggi - pemancing profesional.Apakah keupayaan memiliki kira-kira dua juta pemancing dan penjanaan ekonomi berkaitan aktiviti memancing bernilai RM2 bilion setahun ke arah mencapai matlamat itu?


Pemancing pro adalah kelompok yang memburu glamour dan nama untuk mengelakkan status mereka. Mereka tidak mementingkan hadiah tetapi pengiktirafan. Hadiah wang bukan keutamaan kerana mereka sudah dibayar gaji oleh syarikat penaja untuk mempromosi dan menjual produk. Mereka menggalas nama, imej dan maruah syarikat penaja. Mereka adalah duta produk.
.
Justeru, seseorang pro turut disukat melalui personaliti menarik, ada daya magnetik, petah berbicara, berkeupayaan menulis dalam majalah pancing serta popular.Pro merujuk kepada pemancing pertandingan profesional atau pemancing yang terbabit promosi produk pancing atau juru pandu sepenuh masa. Justeru, dua kemungkinan ini pasti memerlukan identiti setiap memancing perlu diketahui umum dan mampu menarik seramai mungkin pelanggan menggunakan cara dan gaya profesional.

Di luar negara, banyak kelab pancing yang sesetengahnya mencapai usia 100 tahun. Tetapi berbeza dengan kelab atau persatuan memancing di Malaysia yang wujud hanya baru setahun jagung. Motifnya banyak kepada urusan menganjur trip memancing atau meminta subsidi daripada majikan bagi membiayai trip mereka memancing. Ini berbeza dengan kelab pancing luar negara yang lebih edukatif dan membina kelompok ahli menjadi profesional.


Matlamat kelab pro antaranya, menggalakkan perkembangan sukan memancing profesional.Contohnya, Anglers Insight Marketing (AIM) yang bernaung di bawah Persatuan Pemancing Profesional Kebangsaan (NPAA) di Amerika Syarikat merancang pertandingan Pro-Am 2009 - AIM Pro Walleye Series. Acara ini bakal mendedahkan 400 pemancing untuk memburu status pro dalam sukan memancing.Kelab itu juga membantu untuk mempromosikan industri memancing keseluruhannya.
.
Kedua, mewujudkan lapangan pemasaran yang lebih inovatif dan berkesan kepada syarikat penaja serta pemancing pro. Ketiga, menyorot kedudukan destinasi memancing kepada umum sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai peluang dalam industri pelancongan.Namun berdasarkan perbincangan penulis dengan penggiat sukan memancing domestik rata-rata menggambarkan kesukaran melaksanakan status pemancing semi-pro di Malaysia.

Beberapa halangan paling asas yang boleh memusnahkan realiti mewujudkan pemancing semi-pro di Malaysia sudah dikenal pasti. Iaitu bagaimana hendak mewujudkan etika dan sistem pengurusan; menyusun ranking; habuan; dan tahap pembabitan penaja.Persoalan etika dan sikap pemancing tempatan sangat kritikal. Tidak ramai bebas daripada kejahilan mengenai sukan memancing itu sendiri. Mereka bergiat dengan dada kosong dan tiada kemahiran. Masih ramai dibelenggu tamak. Mereka pergi memancing untuk memusnahkan.


Mereka bertanding kerana mahu menang semata-mata. Kemenangan pula mesti dicapai dengan melakukan apa saja termasuk penipuan, melakukan ketidakadilan kepada peserta lain dan mengamalkan perbuatan yang sesetengahnya merosakkan akidah sendiri.Tahap pembabitan penaja juga sangat terhad. Rata-rata yang ada di Malaysia adalah pengimport dan pengedar kepada pengeluar produk jenama asing. Adalah sukar kepada syarikat tempatan melakukan promosi termasuk melantik pemancing pro untuk menjual jenama perkakasan pancing yang bukan milik mereka.

Adalah tidak mustahil selepas promosi berjaya, syarikat berkenaan dipecat daripada menjadi pengimport dan pengedar. Sebaliknya, syarikat baru dilantik menggantikan mereka. Oleh itu, bagaimana syarikat sedia ada mahu habis-habisan mempromosi yang pasti menelan modal sedangkan nasib mereka sehari selepas itu tidak menentu.Jadi, ketiadaan syarikat tempatan yang mampu mengeluarkan produk bertaraf antarabangsa akan membantutkan sebahagian besar usaha mahu mewujudkan pemancing pro di Malaysia.
.
Kesulitan mendapatkan penaja pastinya menawarkan minat seseorang pemancing menjadi pro. Bagaimana hendak menyara kehidupan kalau sekadar menjadi pemancing yang tidak ada habuan atau gaji bulanan. Tetapi, jangan dipandang rendah apabila ada sekelompok pemancing pantai yang memperoleh pendapatan sehingga RM80,000 setahun hasil hadiah memenangi pertandingan memancing.Kelompok ini harus diberi laluan menghampiri atau diperkenalkan kepada syarikat penaja. Penganjur pertandingan perlu peka kepada bakat dan potensi ini.

Justeru, perlu diwujudkan jambatan antara penganjur dengan Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) dan wakil Persatuan Ikan Sukan Antarabangsa (IGFA) di Malaysia. Dua badan ini boleh mengemukakan nama pemancing yang berpotensi untuk digilap menjadi pemancing semi-pro atau pro. Di satu pihak lain, kerajaan dan penaja harus membiayai penganjuran pertandingan supaya proses membina dan memperkukuh sukan memancing pro berterusan. Malah natijah di sebalik penganjuran sukan memancing pro ialah kesan liputan media antarabangsa terhadap acara itu yang akan menyajikan laporan kepada pemancing pro di negara asal mahu serantau.
.

Ini pasti akan mengundang kehadiran lebih ramai pemancing pro ke negara ini.Justeru, badan seperti PeMM dan wakil IGFA perlu memulakan langkah mulai sekarang untuk merintis jalan ke arah membina gelanggang semi-pro. Ini dengan membuat ketetapan sistem melalui tali (paun atau diameter) dan spesies seperti ikan layar, marlin, tenggiri dan bayan mahupun toman dan sebarau untuk spesies ikan air tawar.
.
dipetik drp Joran, Berita Harian
.