Tuesday, December 2, 2008

Tali Sulam Sesuai Untuk Casting





Aktiviti casting gewang sering dikaitkan dengan serangan atau sambaran secara tiba-tiba. Apabila ini berlaku peralatan terutama joran dan tangsi mampu menyerap daya henjutan melampau secara tiba-tiba. Jika menggunakan tangsi sebagai tali utama ini tidak begitu mendatangkan masalah kerana sifat tangsi adalah kenyal. Tali berkenaan berkemampuan menyerap setiap kali berlaku henjutan tiba-tiba kecuali henjutan berkenaan melebihi had kemampuan buatannya.



Menggunakan tali sulam adalah baik jika menggunakan perambut tangsi di hadapan sebagai penyerap kejutan dan henjutan. Ini bertujuan mengelakkan tali sulam menerima henjutan melampau yang boleh memutuskan tali secara tiba-tiba. Pengunaan ‘shock leader’ ini amat popular masa kini dan terbukti dapat mengimbangi setiap kali berlakunya sentapan mengejut.


Kelebihan tali sulam pula pemancing mudah mengesan setiap pergerakan tali kerana sifat tali sulam adalah sifar memori atau tidak kenyal langsung. Pada amnya dua jenis tali sama ada sulam dan tangsi boleh digunakan untuk casting bergantung kepada penggunaan dan budget seseorang itu.

sumber drp Joran, Berita Harian

No comments: