Sunday, December 7, 2008

Ikatan Bentuk T

.

Langkah 1 - Putarkan tangsi supaya ia terbentuk seperti dalam gambar 1. Ketika proses membentuk, pastikan hala pusingan tangsi berlawanan antara satu sama lain semasa menemukan tangsi ini – lihat anak panah.

Langkah 2 - Apabila membentuk 5 hingga 6 putaran, tegangkan kembali tangsi (seperti gambar 2) dan ketemukan semula lilitan tangsi yang dibuat ketika langkah 1. Proses ini bertujuan supaya lilitan menjadi lebih kemas dan rapat.

Langkah 3 - Ulangi langkah 1 dan 2 berulang kali sehingga lilitan yang dikehendaki cukup panjang. Biasanya panjang antara 15 hingga 25 sentimeter atau ukuran sejengkal jari dewasa.

Langkah 4 - Berikutnya untuk mematikan simpulan dengan menyilang kedua-dua lingkar (loop) tali sambil jari telunjuk dan jari hantu digunakan sebagai index. Loop yang terbina perlu besar supaya memudahkan kita membuat langkah berikutnya.Langkah 5 - Gunakan kedua-dua jari telunjuk untuk memutarkan loop yang terbina sebanyak 5 hingga 7 pusingan seperti gambar.

Langkah 6 - Apabila mencukupi 7 pusingan, masukkan hujung pintal ke dalam loop melalui tengah-tengah loop.

Langkah 7 - Tegangkan tali seperti gambar 7. Sebelum memulakan regangan pastikan hujung pintal perlu ditegangkan sepenuhnya. Lakukan regangan dengan perlahan-lahan supaya ia membentuk sapu simpulan yang sekata. Gunakan pelincir seperti air liur (terbaik) semasa proses regangan ini supaya kita tidak mencalarkan tangsi semasa regangan dibuat.

Langkah 8 - Pasang mata kali pada hujung pintal seperti gambar. Contoh mata kail adalah jenis ‘Gamakatsu Octopus Circle Hook’.

Langkah 9 - Selesaikan pemasangan mata kail dengan memasukkan hujung mata pada hujung tali yang dipintal seperti gambar.

Langkah 10 - Contoh ikatan T yang siap. Mata kail berada kira-kira 15 sentimeter dari perambut utama dan regangan T dibuat supaya kedudukan mata jauh dari perambut utama.

Langkah 11 - Hujung tangsi digantung pemberat (ladung) dan hujung satu lagi disambungkan pada tali utama.

.
sumber drp Joran, Berita Harian

.

No comments: