Monday, December 1, 2008

Petua Memilih Joran



Membelilah mengikut kemampuan. Murah atau mahal tidak menjadi masalah asalkan memberi 'perkhidmatan' terbaik untuk memancing. Namun kebiasaan yang mahal mempunyai kualiti yang agak sempurna. Jika memilih joran fikirkan adakah ia sesuai dengan gaya memancing anda. Samada untuk kegunaan memancing di laut, memancing di sungai, memancing di muara, memancing di tasik atau sebagainya.

Alat memancing, diperbuat dari gentian kaca, grafit atau gabungan karbon seperti boron atau grafit kevlar. Bahan-bahan ini sebenarnya mempengaruhi gaya memancing anda. Jika anda memegang joran untuk memancing dalam jangka waktu yang lama atau ketika melakukan 'casting', joran yang sesuai adalah jenis joran memancing aksi ringan, supaya tangan anda tidak cepat lenguh.



Joran dari jenis karbon dan grafit adalah lebih ringan dan lebih mahal dari joran dari jenis gentian kaca. Joran untuk kekili mendatar mempunyai bilangan cincin antara 5 hingga ke 7. Jumlah yang seimbang memberi lenturan yang seimbang. Ketika membeli joran, anda hendaklah memeriksa cincin joran dengan teliti, kerana walaupun joran anda kelihatan baru terdapat juga cincin yang rosak atau retak dimana ia boleh merosakkan tali pancing anda.Bentuk cincin joran -






Terdapat tiga jenis cincin yang boleh didapati :

Cincin joran berkaki tiga
Cincin joran berkaki empat
Cincin Joran berkaki tunggal


Didapati bahawa cincin berkaki tunggal dan berkaki tiga lebih baik kerana ia lebih elastik, dimana ia akan dapat mengikut lenturan joran, manakala jenis cincin joran berkaki empat tidak dapat berbuat demikian.Pemegang joran - pemogan joran untuk memancing yang popular ialah dari jenis gabus dan span.

Pemegang gabus kelihatan sedap dipandang dan sudah tentu harganya lebih mahal sedikit dari jenis span.Sekiranya anda memilih joran yang mempunyai 2 bahagian, pastikan sambungannya mestilah padu dan kukuh. Penyambung yang bagus akan menghasilkan bunyi 'pop' apabila ditanggalkan.







1 comment:

TUSYEN BERSAMA SAYA said...

Assalam..saya memohon keizinan utk mengmbil sedikit maklumat drpd blog saudara utk dijadikan bahan esaimen saya..diharap diberi keizinan...terima kasih...