Menteri Besar sokong konsep tangkap dan lepas
HULU TERENGGANU: Dua santuari kelah di Sungai Cacing dan Sungai Petang menjadi produk baru eko-pelancongan yang akan menjadi satu lagi daya penarik pengunjung ke Tasik Kenyir.Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata santuari kelah di Sungai Petang terletak kira-kira 21 kilometer dari Pangkalan Gawi - pintu masuk utama ke Tasik Kenyir. Ia dimajukan pada 2006 dan kini dihuni ribuan spesies kelah purata mencecah satu hingga kilogram seekor.
Bagaimanapun ratusan induk kelah tidak menghampiri pengunjung tetapi sekadar berenang di dasar.Beliau berkata, kedua-dua santuari itu masih belum dibuka kepada umum kecuali rombongan rasmi jabatan atau agensi kerajaan. Ikan diberi makanan dedak setiap jam 11 pagi atau 12 tengah hari. Namun pengunjung juga dibenarkan memberi makan kepada ikan di situ.
Lazimnya, ikan kelah bersaiz besar akan berenang keluar dari zon santuari ke sungai lebih besar tetapi kembali ke situ untuk membiak. Benih atau anaknya akan menghuni kawasan santuari dan keluar ke sungai besar apabila mencapai umur dewasa kemudian balik ke kawasan santuari untuk membiak. Proses itu akan terus berulang.Katanya, Tasik Kenyir adalah syurga kaki pancing tetapi sumbernya perlu diurus dengan baik.
Setakat ini, lubuk kelah terkenal adalah di Sungai terenggan, Sungai Cicir/Perpek dan Sungai Petang. Ikan baung boleh dipancing di Sungai Petuang, Sungai Mandok, Sungai Tembat dan Lata Terap.“Langkah memajukan semula sektor pelancongan di Tasik Kenyir melalui Program Kenyir Island Hopping membabitkan kos RM50 juta dilakukan bagi menarik semula pelancong ke situ selepas ‘terabai’ untuk tempoh agak lama. “Tasik Kenyir memiliki ikan seperti kelah, baung dan toman yang menjadi idaman kaki pancing.
Langkah memajukan santuari kelah di Sungai Cacing dan Sungai Petang juga mampu menjadi satu lagi daya penarik pengunjung ke Tasik Kenyir. “Malah Tasik Kenyir juga bakal menjadi pengeluar ikan patin buah yang utama apabila jumlah sangkar ternakannya ditambah. Harga sekilogram patin buah antara RM30 hingga RM35 berbanding tilapia tidak lebih RM5 sekilogram,” katanya kepada JORAN.
Selain santuari kelah, turut dibangunkan adalah pulau masing-masing untuk dijadikan Taman Orkid, Taman Burung, Taman Rama-Rama dan Taman Tema. Ahmad berkata, Santuari Gajah dimajukan dengan membabitkan kawasan 15,000 hektar dan dijangka menampung kehidupan antara 90 hingga 100 ekor gajah. Ia akan dibahagi kepada tiga blok yang setiap satu seluas 5,000 hektar dan gajah akan dipindahkan ke blok dengan keluasan sama setiap empat bulan.
Pada masa sama, beliau turut menasihatkan pengunjung dan kaki pancing supaya sama-sama memulihara khazanah di Tasik Kenyir dengan tidak memusnahkan pokok atau mengambil ikan bersaiz kecil.“Saya menyokong konsep tangkap dan lepas sebaliknya lebih mengutamakan memancing sebagai sukan. Dengan konsep ini, sumber perikanan mampu bertahan lebih lama, ada peluang membesar serta membiak,” katanya.Katanya, operasi Kenyir Ranger akan dipertingkatkan dengan kerjasama agensi penguatkuasa lain termasuk Perhilitan bagi menangani kegiatan yang mengancam sumber flora, fauna mahupun perikanan.
FAKTA NOMBOR: Tasik Kenyir
10 - Pulau dimajukan
260,000 - Hektar luas
RM160 juta - Diperuntukkan untuk infrastruktur dan kemudahan.
260,000 - Hektar luas
RM160 juta - Diperuntukkan untuk infrastruktur dan kemudahan.
.dipetik drp Joran, Berita Harian
No comments:
Post a Comment