Thursday, February 19, 2009

Umpan Dedak


A . TIPS UMPAN ROHU

1. Segenggam pelllet Merah (direndam sampai lembut)
2. 3/4 Dedak Rohu
3. 1 Bungkus Dedak Power 005
4. 15 ml Minyak Super Power (Ada di jual di bai-world/minyak lain)
5. 1,2,3 dan 4 buat sekali
6. 15 ml Super Power Rohu sapu dipermukaan dedak
7. Digunakan selepas 5 minit
8. Ikan tidak dirembat, biarkan ditarik sendiri
9. Gunakan mata rambai saiz 12 mata udang


B. Umpan Rohu & Patin/Tongsan/Jelawat/Leko/Lampam/Pacu-Umpan antarabangsa

1. Dedak Bomb-286 kuning
2. Power no. 1 (gambar kepala ikan gelap)
3. Ichiban bau pisang- 1 botol
4. Dedak ayam halus, sedikit
5. Pisang emas yang busuk 1 sikat


C. Umpan Rohu

1. Dedak 929 campur dedak 923 campur dedak udang merah (Paket kecil) campur pisang lemak manis atau pisang emas yang busuk.
2. Gunakan mata udang saiz 12/13 (silver colour), buat mata rambai pendek.


D. UMPAN PATIN
Umpan Patin minyak busuk-

1. Dedak rohu-direndam-2 scop
2. Palet merah-diblender-1 scop
3. Dedak ayam kuning halus-1 scop
4. Dedak merah bomb-286-1 scop
5. Gaul dengan minyak busuk.
6. Diperap selama 2 jam/ditutup dengan tuala basah
7. Gunakan mata Dai-ichi batang halus saiz 12- buat mata cakar ayam.

Cara membuat

1. Bancuhan mesti peroi. (Digaul , jangan diramas) (Kurangkan air)
2. Dedak 920 dibancuh lembut sehingga kembang, diramas-ramas dicampur dengan dedak bomb merah 286 dan dicampur dengan palet merah dan dicampur dengan dedak ayam.
3. Gaul dengan minyak busuk dan diperap selama 2 jam.

Minyak Busuk*
1. Anak udang/ikan kecil separuh botol kaca dicampur dengan minyak jagung
2. Telur puyuh 4 biji
3. Santan kelapa cair, santan yang ketiga
4. Perap selama 3 minggu/sampai hancur


E. Umpan Pacu

1. Friskes diblender
2. Tepung gandum + dedak + ibu roti6.


E. Umpan Lampam

1. Dedak Ichiban no.1 atau dedak bomb-286
2. Power Bait no.1 (Gambar kepala ikan gelap)
3. Dedak ayam halus


.

Tuesday, February 17, 2009

Perambut Kejutan (shock leader)


Perambut kejutan memainkan peranan yang sangat besar ketika proses mengilat mahupon teknik-teknik memancing yang lain.Kelebihan menggunakannya ialah sebagai satu alat menyerap tarikan mengejut hasil dari sambaran ikan, bertahan dari geseran pada struktur serta mata kail mampu mencangkuk mulut ikan dengan kemas. Kelebihan sebeginilah yang menjadikannya sangat penting untuk aktiviti mengilat gewang. Untuk cara penyambungan antara tali sulam dan perambut ini juga memerlukan ikatan khusus. Contoh ikatan penyambungan ini akan diterangkan pada isu yang lain.

Saiz kekuatan perambut juga perlu disesuaikan dengan kekuatan tali sulam. Tersalah pilih perambut akan mencacatkan balingan dan aksi rengan gewang. Perkara ini perlu dititikberatkan juga memandangkan pemancing yang baru menceburi teknik mengilat sering melakukan kesalahan ini.Penggunaan perambut yang terlalu kasar dan keras yang disambung pada tali sulam yang halus pastinya mendatangkan masalah sebegini. Bayangkan jika anda menggunakan tali sulam kekuatan 10 paun yang disambungkan dengan perambut kejutan berkekuatan 50 paun. Pastinya kurang sesuai. Keseimbangan antara kedua-duanya akan memberikan persembahan yang baik. Misalnya tali sulam berkekuatan 10 paun yang dihubungkan dengan perambut kejutan berkekuatan 20 paun.Panjang perambut kejutan juga perlu diambil kira. Lazimnya depaan tangan akan digunakan sebagai pemngukur. Panjang antara 1 ke 3 depa dianggap ukuran terbaik. Namun begitu, tidak salah jika menggunakan perambut sepanjang sekaki.Kepanjangan ini kadang-kadang tidak mampu menyerap tarikan atau bebanan berlebihan.



Selain itu, jika ikan berjaya menyelit di kawasan berstruktur seperti kawasan batu, tali sulam pastinya akan menerima geseran yang lebih. Jadi, cara paling selamat ialah tetapkan piawaian perambut minima sepanjang sedepa. Tidak susah bukan..Mana satu pilihan?Perambut kejutan mempunyai dua jenis iaitu tali tangsi biasa dan fluorocarbon (tali hantu). Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Sebelum tali hantu digunakan secara meluas sejak akhir-akhir ini, tali tangsi menjadi pilihan. Namun begitu, ketika sukan memncing baru mengecap populatiti pada pertengahan tahun 90-an, jarang pemancing yang menggunakan kaedah seperti ini. Tambahan pula, tali sulam sangat jarang digunakan waktu itu.Menjelang tahun 2000, barulah tali ini menjadi pilihan. Waktu ini juga, penggunaan perambut kejutan mula popular. Pemancing era sekarang telah diberikan pilihan salah satu atau kedua-dua jenis tali ini. Tali tangsi lebih lembut dan mempunyai regangan yang agak banyak dan kenyal berbanding tali hantu. Jika menggunakan tali hantu bersaiz lebih dari 50 paun, ditakuti akan memberikan masalah terutamanya ketika membuat balingan.

Seperti yang dijelaskan dalam perenggan sebelumnya, keseimbangan tali sulam dan perambut hendaklah diambil kira. Sama ada anda ingin menggunakan tali tangsi atau hantu, itu terpulang kepada diri sendiri. Tali tangsi, harganya agak praktikal dan tidak lah terlalu mahal berbanding tali hantu (duan atau tiga kali ganda harganya). Dari segi ketahanan, memang diakui yang tali hantu lebih tahan lasak dan liat. Jadi, pilihan di tangan anda.




.

Saturday, February 7, 2009

Umpan Kelah

.

Saya rumuskan antara umpan pilihan kaki pancing ketika berkunjung hulu sungai adalah kelapa sawit yang direndam semalaman, cengkerik, cacing, lipan, buah merih, buah ara, ulat sagu, udang sungai dan anak ikan. Diet dan umpan yang digunakan hasilnya adalah bergantung kepada jenis ikan yang hendak dipancing. Kelah, tengas dan sebarau adalah buruan utama di kawasan ini.
.

Teknik Main Gewang


Gewang selaman dalam sesuai untuk siakap merah, manakala selaman cetek pula dapat memikat siakap putih. Jurang selaman bergantung kepada kedalaman air di lokasi yang dilawati. Gewang bersaiz 15 cm (6 inci) maksimum amat praktikal.

Warna gewang pula bergantung kepada air dan cuaca. Jika air terlalu jernih gunakan gewang gelap dan sebaliknya. Ciri-ciri warna gewang pula mestilah garang, bersinar di bawah dan warna utama seakan-akan menyerupai ikan mangsa seperti belanak mahupun beliak mata.
.

Perambut Pantai



Panjang perambut untuk memancing di pantai memadai satu meter kerana jika terlalu panjang maka anda akan mengalami kesukaran untuk lontaran nanti (rujuk lakaran gambar untuk teknik perambut untuk pancing pantai).

Antara umpan pilihan untuk memancing pari ialah udang hidup, ketam angin, anak bebolos sebesar jari manis, sotong kurita, hirisan ikan selayang atau selar kuning, anak gelama, sotong dan udang pasar.



.

Teknik Pancing Ikan Bulan


Ikan bulan memburu hampir semua krutesia kecil dan anak ikan. Seperti ikan siakap, ikan bulan dapat menyesuaikan diri di habitat air tawar dan mampu membiak dengan baik berbanding siakap. Untuk ikan bulan yang mendiami air tawar, saiznya atau tahap pembesaran lebih kecil berbanding ikan bulan air masin.

Untuk memancing ikan bulan di kawasan bekas lombong, udang air tawar paling sesuai digunakan. Jika ingin kepuasan yang lebih teknik casting, gewang kecil berukuran 5 sentimeter adalah teknik paling popular masa kini. Begitu juga kalau menggunakan pancing layang, anda akan mengalami kepuasan lebih teruja kerana ikan menyambar ketika joran dalam genggaman.

Kalau dasar yang dilawati adalah kawasan reba dan terdapat halangan maka teknik pancing apollo adalah kaedah terbaik. Sebaik saja ladung mencecah dasar, angkat dan karau tali pancing mengikut panjang perambut paling kurang tiga depa. Ini bertujuan supaya umpan yang dilabuhkan tergantung keadaan dasar. Jika kita dapat menghindari umpan terlalu hampir dengan dasar yang banyak reba, kemungkinan tali sangkut adalah minimum.


.

Friday, January 23, 2009

Teknik Mengawal Joran

.
Tabiat sesetengah ikan terutama ikan yang bermain didasar laut atau sungai, untuk melepaskan diri ialah dengan cara melarikan diri di celah-celah batu karang atau pokok-pokok tumbang atau dicelah akar kayu. Apa yang perlu anda lakukan, cuba halang perkara ini daripada berlaku dan ia memerlukan kemahiran tertentu. Jika ikan sempat mencari perlindungan, anda akan tertewas tapi jika anda ketatkan butang tarikan pada kekili, tali akan putus. Teknik yang sebaiknya ialah:-

1.Dengan cara menjatuhkan hujung batang joran selari dengan tarikan ikan tersebut. Biarkan ikan menarik tali itu dalam keadaan lurus.

2.Selepas itu anda tarik semula tali pancing dengan mengangkat batang joran dalam keadaan selari dengan tarikan ikan itu.

3.Perlu diingatkan, ketika anda menjatuhkan hujung joran ketika ia menerima tarikan, acap kali ikan berkenaan akan berhenti buat seketika. Jika keadaan seperti ini berlaku, masa itulah anda kawal ikan tersebut dengan melawan tarikannya pula.

4.Dengan berbuat begini kemungkinan besar anda pasti berjaya menewaskannya.

.