Saturday, February 7, 2009

Teknik Pancing Ikan Bulan


Ikan bulan memburu hampir semua krutesia kecil dan anak ikan. Seperti ikan siakap, ikan bulan dapat menyesuaikan diri di habitat air tawar dan mampu membiak dengan baik berbanding siakap. Untuk ikan bulan yang mendiami air tawar, saiznya atau tahap pembesaran lebih kecil berbanding ikan bulan air masin.

Untuk memancing ikan bulan di kawasan bekas lombong, udang air tawar paling sesuai digunakan. Jika ingin kepuasan yang lebih teknik casting, gewang kecil berukuran 5 sentimeter adalah teknik paling popular masa kini. Begitu juga kalau menggunakan pancing layang, anda akan mengalami kepuasan lebih teruja kerana ikan menyambar ketika joran dalam genggaman.

Kalau dasar yang dilawati adalah kawasan reba dan terdapat halangan maka teknik pancing apollo adalah kaedah terbaik. Sebaik saja ladung mencecah dasar, angkat dan karau tali pancing mengikut panjang perambut paling kurang tiga depa. Ini bertujuan supaya umpan yang dilabuhkan tergantung keadaan dasar. Jika kita dapat menghindari umpan terlalu hampir dengan dasar yang banyak reba, kemungkinan tali sangkut adalah minimum.


.

2 comments:

awan terbang said...

tempat saya banyak ikan bulan..umpan anak udang guna teknik pelampung memang best tak sampai 5 minit bulan akan makan umpan..

Nafixiom Wts said...

Bagus bro..sy dapati bro ni allrounder..sy pasti ia beri manfaat kpd yg bru berjinak2 mahupon perkongsian utk saling melengkapi dlm penetapan kaedah dan teknik serta strategi memancing.Ia mungkin berbeza.Yelah..lain padang..lain sikit belalangnya..begitu jugalah penghuni airnya jika ada yg mengalir & bertakungan.Saya ambil yg positif utk bantu tmbh info kpd hobi sy bro.Selamat maju jaya dlm hidupkan sukan memancing.