Perambut kejutan memainkan peranan yang sangat besar ketika proses mengilat mahupon teknik-teknik memancing yang lain.Kelebihan menggunakannya ialah sebagai satu alat menyerap tarikan mengejut hasil dari sambaran ikan, bertahan dari geseran pada struktur serta mata kail mampu mencangkuk mulut ikan dengan kemas. Kelebihan sebeginilah yang menjadikannya sangat penting untuk aktiviti mengilat gewang. Untuk cara penyambungan antara tali sulam dan perambut ini juga memerlukan ikatan khusus. Contoh ikatan penyambungan ini akan diterangkan pada isu yang lain.
Saiz kekuatan perambut juga perlu disesuaikan dengan kekuatan tali sulam. Tersalah pilih perambut akan mencacatkan balingan dan aksi rengan gewang. Perkara ini perlu dititikberatkan juga memandangkan pemancing yang baru menceburi teknik mengilat sering melakukan kesalahan ini.Penggunaan perambut yang terlalu kasar dan keras yang disambung pada tali sulam yang halus pastinya mendatangkan masalah sebegini. Bayangkan jika anda menggunakan tali sulam kekuatan 10 paun yang disambungkan dengan perambut kejutan berkekuatan 50 paun. Pastinya kurang sesuai. Keseimbangan antara kedua-duanya akan memberikan persembahan yang baik. Misalnya tali sulam berkekuatan 10 paun yang dihubungkan dengan perambut kejutan berkekuatan 20 paun.Panjang perambut kejutan juga perlu diambil kira. Lazimnya depaan tangan akan digunakan sebagai pemngukur. Panjang antara 1 ke 3 depa dianggap ukuran terbaik. Namun begitu, tidak salah jika menggunakan perambut sepanjang sekaki.Kepanjangan ini kadang-kadang tidak mampu menyerap tarikan atau bebanan berlebihan.
Selain itu, jika ikan berjaya menyelit di kawasan berstruktur seperti kawasan batu, tali sulam pastinya akan menerima geseran yang lebih. Jadi, cara paling selamat ialah tetapkan piawaian perambut minima sepanjang sedepa. Tidak susah bukan..Mana satu pilihan?Perambut kejutan mempunyai dua jenis iaitu tali tangsi biasa dan fluorocarbon (tali hantu). Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Sebelum tali hantu digunakan secara meluas sejak akhir-akhir ini, tali tangsi menjadi pilihan. Namun begitu, ketika sukan memncing baru mengecap populatiti pada pertengahan tahun 90-an, jarang pemancing yang menggunakan kaedah seperti ini. Tambahan pula, tali sulam sangat jarang digunakan waktu itu.Menjelang tahun 2000, barulah tali ini menjadi pilihan. Waktu ini juga, penggunaan perambut kejutan mula popular. Pemancing era sekarang telah diberikan pilihan salah satu atau kedua-dua jenis tali ini. Tali tangsi lebih lembut dan mempunyai regangan yang agak banyak dan kenyal berbanding tali hantu. Jika menggunakan tali hantu bersaiz lebih dari 50 paun, ditakuti akan memberikan masalah terutamanya ketika membuat balingan.
Seperti yang dijelaskan dalam perenggan sebelumnya, keseimbangan tali sulam dan perambut hendaklah diambil kira. Sama ada anda ingin menggunakan tali tangsi atau hantu, itu terpulang kepada diri sendiri. Tali tangsi, harganya agak praktikal dan tidak lah terlalu mahal berbanding tali hantu (duan atau tiga kali ganda harganya). Dari segi ketahanan, memang diakui yang tali hantu lebih tahan lasak dan liat. Jadi, pilihan di tangan anda.
.
1 comment:
salam.. blog yang cantik...
byk info yg berguna dan exotic..terima kasih ...
Post a Comment