Friday, March 13, 2009

Elakkan Makan Buntal

.


Pakar marin nasihat elak makan ikan buntal

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Orang ramai terutama penggemar ikan dinasihatkan supaya tidak makan ikan buntal sekalipun ia dimasak oleh individu yang kononnya berpengetahuan membuang racun spesies itu.

Pakar hidupan marin dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Zulfigar Yassin berkata, hanya mereka yang benar-benar berpengetahuan dan berpengalaman membuang racun di dalam organ ikan itu, mampu membersihkannya.



‘‘Bagaimanapun, ia masih tidak selamat kerana semasa seseorang tukang masak mencuci organ seperti usus dan hati ikan buntal, racunnya boleh pecah di dalam dan mengalir di dagingnya tanpa disedari,” kata profesor dari Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat (Sains Marin) USM itu.
.

No comments: