Friday, November 28, 2008

BUAH ARA - kegemaran ikan sungai


Biasanya buah ara tumbuh meliar di tebing sungai di kawasan kampung. Memancing ketika musim pokok ara berbuah adalah menyeronokkan kerana buahnya menjadi kegemaran pelbagai spesies ikan terutama di Sungai Perak dan Sungai Pahang.
Ikan kaloi (paling mudah didapati, lampam, tongsan sisik kasar, patin, lawang dan kekadang baung turut menggemari buah ara). Ketika buah ara masak ranum masa adalah terbaik untuk memancing.Ketika ini ikan mudah mabuk kerana memakan buah yang gugur dan masa yang sama pemancing boleh tumpang sekaki dengan meletak buah yang dicangkuk pada mata kail.
Selain itu. anda boleh membelah atau memotong buah ara yang masak ranum untuk mengeluarkan aromanya supaya senang dicangkuk satu persatu sampai panjang lebih kurang sejengkal pada perambut.Teknik ini sangat sesuai digunakan di lubuk yang agak jauh dari pokok ara yang kebiasaannya banyak terdapat di tebing sungai sekitar daerah Perak Tengah.
Musim buah ara masak antara empat dan lima kali setahun. Setiap kali masak boleh tahan seminggu namun begitu tidak semua buah pokok ara menjadi kegilaan ikan sungai. Biasanya yang berbau wangi dan warna merah hati menjadi pilihan pemancing sekitar daerah Perak.
sumber drp Akhbar Joran, Berita Harian

2 comments:

Safwan Othman said...

salam.saya nak bertanya,saya tgh cari maklumat pasal buah ni.tapi search dalam internet banyak sangat species pokok ara ni.so bleh tak saya nak tau pokok ara yng biasa ada kat sungai2 kita ni pokok ara spesies apa ye? harap dapat tunjuk ajar ye. jasa dan maklumat dari tuyan amat saya hargai.trime kasih

Safwan Othman said...

ni email saya, leh send maklumat tu kalo x keberatantq skali lagi safwan.ikan@gmail.com