Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tengkujuh akan melanda mulai dari pertengahan November dan akan berakhir Mac tahun hadapan. Kejadian angin kencang dari arah Timur Laut yang melebihi 50 km sejam akan menyaksikan ombak setinggi 1m hingga 2m.
Sepanjang tempoh ini, negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan menerima hujan lebat dan boleh berlakunya banjir. Oleh itu, kepada yang merancang untuk ke laut supaya mengambil kira langkah-langkah keselamatan.
Sementara itu, kejadian air pasang besar juga diramalkan akan berlaku dalam tempoh 12 hingga 17 November dan 11 hingga 16 Disember. Kepada yang merancang aktiviti riadah di kawasan pandai agar berhati-hati dalam tempoh berkenaan.
Namun begitu.............kehadiran tengkujuh sangat dinantikan oleh sesetengah golongan yang meminati ikan darat. Pada masa inilah ikan darat dan ikan sungai menjadi buruan orang ramai. Pada musim tengkujuh aktiviti memukat dan menjala menjadi pilihan. Mungkin keadaan cuaca dan air menjadi faktornya.
Ok.................. selamat menempuhi musim tengkujuh. Awasi anak-anak .............. kerana golongan kanak-kanak selalu menjadi mangsa kealfaan kita semua.
Sunday, November 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment