Tasik Kenyir ............... merupakan lokasi pancing yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Lokasi yang popular di kalangan pancing dan pencinta keindahan alam semula jadi merupakan tasik buatan manusia yang amat luas dan memukau pengunjung.
Kehadiran musim tengkujuh yang melumpuhkan aktiviti pancing di laut dan pantai tetapi sebaliknya bagi peminat pancing di Tasik Kenyir. Musim tengkujuh amat dinanti-nantikan bagi kaki pancing untuk berkunjung ke Tasik Kenyir.
Pada musim tengkujuh ........... semua "boat house" dikatakan habis ditempah oleh kaki pancing untuk melakukan trip pancing. Walaupun tengkujuh dikatakan waktu yang sesuai tetapi ianya juga bergantung kepada nasib dan keadaan. Adakalanya trip yang dilakukan akan pulang dengan kehampaan. Namun ........... kebanyakkannya membuahkan hasil dan kepuasan yang tidak terhingga.
Ketibaan musim tengkujuh dikatakan rahmat buat kaki mengilat untuk menduga sebarau yang terkenal dengan sambaran gewang. Sebarau dikatakan cukup aktif pada masa ini. Paras air yang meningkat ditambah lagi dengan piung-piung sampah yang hanyut menjadi lokasi sebarau. Jadi anda bolehlah mencuba lokasi ini. Faktor sedemikian dikatakan menjadi lokasi sebarau bermaharajalela.
Kehadiran tengkujuh juga dikatakan ........ tibanya saat sebarau mengawan. Faktor inilah juga menjadi sebab mengapa sebarau menjadi aktif dan agresif.
Kepada kaki pancing yang ingin menduga sebarau ............ bolehlah berkunjung ke Tasik Kenyir.
Ingat .............. tempahan perlu dibuat terlebih dahulu. Nanti terlepas trip ............ selamat menduga penghuni Tasik Kenyir. Semoga kehadiran tengkujuh mendatangkan kenikmatan untuk kaki mengilat.
Sunday, November 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment