Ikan tetap ada dan sentiasa menghuni lubuk tidak kira sama ada bulan gelap atau terang. Persoalannya sama ada waktu berkenaan ikan makan atau tidak umpan yang dihulurkan oleh pemancing.
Faktor bulan biasanya mempengaruhi selera ikan dengan umpan. Ia juga berkait rapat dengan kitaran semulajadi waktu terang ikan sukar memburu mangsa kerana kehadiran pemangsa lain. Malah ramai nelayan percaya bulan gelap lebih sesuai berbanding bulan terang dan sebaliknya pula bagi sesetengah nelayan.
Apa yang penting ialah kita perlu mengesan lubuk dan jenis ikan kemudian cuba sediakan umpan yang boleh membuat ikan terbuka selera. Umpan ini hendaklah sesuai dengan jenis ikan yang menjadi sasaran. Ada ikan hendakkan umpan segar dan ada ikan yang mahukan umpan busuk.
Waktu bulan gelap ialah ketika 3 hari sebelum dan 3 hari selepas pertukaran bulan Islam. Gelap sepenuhnya berlaku pada 29 atau 30 bulan Islam sebelum muncul anak bulan. Bulan terang kemuncaknya adalah pada 15 haribulan setiap bulan Islam atau lebih dikenali dengan bulan mengambang.
sumber daripada Akhbar Joran, Berita Harian.
No comments:
Post a Comment