Saturday, November 1, 2008

PANCING SIAKAP


Siakap adalah antara sasaran popular di kalangan kaki pancing. Pelbagai cara, teknik dan petua digunakan oleh kaki pancing untuk menumpaskan spesies ini. Namun begitu bukan semua kaki pancing yang dapat memenuhi hajatnya. Ianya banyak bergantung kepada usaha, pengalaman, teknik dan juga rezeki. Di sini saya selitkan sedikit info untuk panduan kita semua. Ini pun saya peroleh dari pembacaan. Mungkin kita dapat kongsinya untuk pengetahuan bersama.



1. Pilihlah lokasi terbaik yang mungkin kita sedia maklum di mana siakap selalu dinaikkan oleh kaki pancing. Siakap selalu mendiami muara sungai dan kawasan pokok bakau atau pokok nipah.

2. Siakap juga menggemari lubuk. Kita perlu kenal lubuknya, kerana siakap gemar berselindungi di sebalik akar, celah batu atau munkin di celah bot karam.

3. Umpan yang sering digunakan oleh kaki pancing biasanya udang hidup, ikan belanak gewang sama ada melalui kaedah lontaran atau tundaan. Selalunya kaedah tundaan selalu membuahkan hasil.

4. Mata pancing mestilah yang sesuai dan talinya pula perlu kekuatan yang tinggi sekita 50 paun, kalau tidak putih matalah anda. Kadang-kadang mata kail boleh lurus akibat rentapannya.

5. Ikan siakap selalunya dipancing sepanjang tahun.


2 comments:

Pak Ngah said...

Terima kasih kerana memberikan maklumat berguna untuk memancing siakap.

lun90 said...

bro..boleh tunjukkan gambar cara cara untuk memasang udang hidup dekat mata kail??sebab saya sokmo pasang samtpai udang tu mati....thanks a lot