Saturday, November 8, 2008

PANCING BEBULUS (BULUS)



Bebulus adalah sejenis ikan laut yang bersaiz kecil. Ikan ini boleh dikatakan terdapat hampir di seluruh pantai di negara ini. Bebulus biasanya aktif semasa air mulai pasang. Ikan-ikan bebulus keluar ketika ini untuk mencari makanan. Makanan senang diperoleh pada ketika ini. Saat inilah yang selalu ditunggu oleh kaki pancing untuk melepaskan gian.

Biasanya apabila tiba musim bebulus..... akan diikuti oleh ikan pari. Ini kerana ikan bebulus menjadi santapan ikan pari dan adakalanya kerapu. Sebab itulah, sesetengah kaki pancing menggunakan umpan bebulus untuk memancing kerapu dan pari.

Untuk memancing bebulus, mata kail yang digunakan adalah bersaih kecil, ini kerana bebulus mempunyai mulut yang kecil dan runcing. Umpan bebulus ........... selalunya kaki pancing menggemari udang segar atau pun udang pasar. Kadang-kadang isi ketam juga boleh digunakan. Umpan hendaklah dipotong kecil-kecil agar sesuai dengan saiz mata kail dan sifat bebulus.


Memancing bebulus .......... mudah saja. Baling umpan dan saat getuannya. Kita juga boleh menggarau perlahan-lahan untuk menarik perhatian bebulus dan spesies ikan yang lain. Jika tiada tindak balas ........... rajin-rajin memeriksa umpan. Ini kerana ikan lain juga bijak mengambil kesempatan untuk mencuri umpan. Jadi jangan tunggu lama-lama.

Saya lebih suka menggunakan set pancingan ringan untuk elak kepenatan semasa menggarau.
OK ............. selamat memancing. Saat memancing bebulus dan gelama sangat dinanti-nantikan.

No comments: