Hasil pancingan semasa berkunjung ke jeti Tasik Pergau bersama Cikgu Zali. Hari itu saya berjaya naikkan 2 ekor toman dan 2 ekor baung. Walaupun sasaran untuk menarik si ibu toman tak kesampaian namun hati cukup puas melayan tarikan anak toman.
Saya menggunakan umpan anak ikan yang dibawa oleh Cikgu Zali dari kampungnya di Pasir Puteh. Saya tidak menunggu lama kerana hanya beberapa ketika umpan anak ikan yang dibaling telah disambar si toman. Mungkin ikang toman lapar agaknya pada petang itu.
Menjelang malam pula, giliran si baung melahap umpan. Tapi.............. umpan anak ikan lansung tidak dapat menarik si baung. Kebiasaannya baung lebih tertarik kepada umpan anak ikan. Setelah dirasakan tiada sambutan............... saya telah menurunkan umpan cacing pula.
Ternyata usaha saya membuahkan hasil. 2 ekor baung telah berjaya dinaikkan dan seekor yang telah terlepas. Tiada rezeki ............ kerana saya gunakan mata kail kecil sebab cacing jugak kecil.
Best .................... layan toman dan baung di Tasik Pergau.
No comments:
Post a Comment